Nuffnang Ads

Wednesday, 29 August 2012

Mari Bersangka Baik


Solat Sunat Sesudah Nikah







Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.



Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”


• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...


Sunday, 24 June 2012

“air mani bukan najis”


SOALAN: Adakah air mani itu najis? Bolehkah kita memakai pakaian yang terkena air mani untuk bersolat (tanpa disedari)? Sepanjang pengetahuan saya, sekiranya kita hendak solat mesti bersih dari hadas besar dan hadas kecil apa maksudnya ustaz?
JAWAPAN: Air mani ialah air yang terpancut keluar ketika jimak dengan rasa kelazatan atau dengan rasa keseronokan.
Mengikut pendapat al-Syafieyah, pakaian yang terkena air mani boleh apabila digunakan untuk menunaikan solat maka solatnya sah. Ini kerana pada pendapat mazhab al-Syafieyah air mani tidak dikira najis.
Namun pandangan al-Safieyyah juga menyebut bahawa disunatkan membasuh pakaian yang terkena air mani sekiranya air mani itu telah kering pada pakaian. (Ibn Qudamah, Mugni al-Muhtaj, jld:1, hlm:79-80).
Hadis daripada Aisyah r.a. yang bermaksud: Sesungguhnya dia (Aisyah) menggesel air mani yang telah kering daripada pakaian Rasulullah s.a.w kemudian baginda menunaikan solat dengannya. (al-Syawkani, Nail al-Awthar, jld:1, hlm:53).
Dalam riwayat yang lain Aisyah r.a. menyebut yang bermaksud: Adalah aku menggesel air mani yang kering dari pakaiannya kemudian baginda menggunakan pakaian itu untuk bersolat.
Dr. Wahbah al-Zuhailiy berpendapat, air mani tidak boleh dikategorikan sebagai najis. Ini kerana manusia dijadikan daripadanya dan sebagai memudahkan urusan anak adam. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, Fiqh al-Islamiy, jld:1,hlm:164).
Seperkara yang suka ustaz ingatkan di sini ialah air mani akan dikira menjadi najis apabila seseorang itu beristinjak air dengan kertas atau tidak beristinjak selepas membuang air kecil, maka air mani yang keluar turut dihukum najis kerana telah bercampur dengan najis (air kencing).
Air mani dikira najis sekiranya air mani itu didahului dengan air mazi. Ini kerana air mazi dikira najis.
Kesimpulannya ada dua keadaan. Air mani tidak dikira najis selagi mana tidak didahului dengan air mazi atau tidak membersih kemaluannya selepas membuang air kecil.
Sekiranya ada pakaian lain yang tidak terkena air mani maka adalah lebih baik menggunakannya. Walaupun air mani itu sifatnya suci dalam Islam namun adalah lebih baik menggunakan pakaian yang tidak terkena air mani.
Justeru, solat orang yang memakai pakaian yang terkena najis adalah sah walaupun beliau sedari pakaiannya itu terkena air mani.
Mengenai persoalan berkaitan dengan air hadas besar ialah bersuci daripada junub, sama ada kerana keluar air mani atau bersetubuh. Adapun hadas kecil ialah mengambil wuduk. Kedua-dua perkara itu adalah kunci pintu ibadah.
SOALAN: Adakah air mani boleh itu boleh diminum? Sekiranya suami kita menyukainya bolehkah kita sebagai isteri mengikut kemahuannya.
JAWAPAN: Mengadakan hubungan suami isteri (jimak) adalah suatu yang fitrah bagi anak adam yang dilengkapkan dengan nafsu. Di antara matlamat nikah juga adalah menghalal yang haram.
Zina haram manakala persetubuhan selepas nikah adalah halal. Maka persetubuhan juga dikira ibadat. Ini kerana menyalurkan nafsu pada tempat yang halal tanpa menyalahgunakannya juga dikira ibadat. Dalam masa yang sama dapat menyelamatkan diri daripada terlibat dalam perkara-perkara yang terkutuk.
Justeru dalam mengadakan hubungan kelamin adalah dituntut supaya pasangan suami isteri memelihara batasan akhlak di antaranya menutup badan, dimulakan dengan bismillah atau doa dan diakhiri dengan tahmid memuji Allah.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. dengan memberitahu perihal Rasulullah s.a.w ketika melakukan hubungan kelamin: Apabila Rasulullah s.a.w mencampuri isteri-isterinya, Baginda akan menutup kepala. Dalam riwayat yang lain Baginda menutup seluruh badan Baginda ketika mencampuri isteri-isteri Baginda.
Perbuatan meminum air mani suami adalah sesuatu yang tidak berakhlak dan menunjukkan kerakusan di dalam mengadakan hubungan kelamin. Mungkin itu budaya masyarakat Barat dan bukan budaya masyarakat Islam.
Walaupun air mani itu tidak najis tetapi ia keluar daripada saluran yang sama keluarnya air kecil. Maka datangilah isteri dengan cara yang halal. Biarpun jimak itu sesuatu yang memuaskan nafsu tetapi ia boleh menjadi ibadah yang diberkati Allah s.w.t jika dipelihara pada batasannya.
- Mohd. Farid Ravi Abdullah (Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat 2 hingga 12 rakaat ( 1 salam )
2) Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya :

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali 

Baca doa ini selepas solat



  

Air Tin

Pada Hari Minggu Satu Keluarga bertemasya dengan membawa beberapa tin minuman.Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dibawa ke rumah sakit dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit (ICU).
Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Hal ini terlacak pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

Sangat dianjurkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung diantarkan ke kedai2 tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteri.)

Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan fatal. 

Bersin


Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam

Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda

Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .

Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti.


Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin ,Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik ♥

jangan baca sahaja,boleh kongsi kepada semua,supaya ramai yang sedar tentang nikmat ini ♥

terima kasih ♥

Saturday, 23 June 2012

ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA

Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… 

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. 

Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh uma manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
Tanah Bukit Tursina
Tanah Iraq
Tanah Aden
Tanah Al-Kautsar
Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
Tanah Paris
Tanah Khurasan
Tanah Babylon
Tanah India
Tanah syurga
Tanah Tha’if


Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.”

Allahuallam.